168557
 Utama :: Penamatan Nama Domain

PENAMATAN NAMA DOMAIN

Menamatkan nama domain anda secara dalam talian hanya boleh dibuat secara atas talian.

Permohonan penamatan hanya boleh dilakukan oleh 'Administrative Contact', dengan menggunakan ID dan kata laluan pengguna yang betul.


Memproses Permohonan

  • Apabila menyerahkan permohonan, 'Administrative Contact', akan menerima e-mel notifikasi daripada domreg@mynic.my. 'Technical Contact' dan 'Billing Contact' akan menerima satu salinan 'cc' .

  • .my DOMAIN REGISTRY memerlukan dua (2) hari bekerja untuk memproses setiap permohonan. Sekiranya semua maklumat betul, .my DOMAIN REGISTRY kemudian akan menghantar e-mel notifikasi penamatan nama domain tersebut kepada 'Administrative Contact'.

  • Nama domain akan dipadam selepas 14 hari dari tarikh e-mel notifikasi.

  • E-mel notifikasi penamatan nama domain akan dihantar kepada 'Administrative Contact' dan salinan 'cc' kepada 'Technical Contact', 'Billing Contact' dan 'Invoicing Party'.

  • Sila ambil perhatian bahawa yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.

  • Selain daripada Aplikasi Pindahan, nama domain yang telah ditamatkan akan sedia dibuat untuk pendaftaran oleh mana-mana pihak berdasarkan "siapa cepat dia dapat".